RENCANA

RIDDAH (MURTAD)

Rosaknya iman dan Islam dinamakan Riddah yang ditakrifkan oleh para ulama seperti benkut:

 
Riddah ertinya berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan demikian dinamakan Murtad. Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur kerana orang murtad itu berlainan hukumnya dari orang kafir yang lain pada beberapa perkara.

 
Apabila seseorang Islam menjadi murtad sama ada ia terpesong disebabkan iktiqadnya atau tuturkatanya atau pun perbuatannya, maka bermakna ia telah melakukan jenayah bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada keluarganya dan masyarakatnya serta umat Islam urnumnya.

 
Di antara jenayahnya itu ialah:
1.      la memandang dirinya betul dan pandai dengan bersikap murtad dan umat Islam semuanya salah dan bodoh belaka. Ini bermakna ia menghina dan memusuhi masyarakatnya.
2.      la menyalahkan ajaran Islam kerana didorong oleh hawa nafsunya, tidak mahu terikat kepada suruhan Allah dan larangannya. Ini bermakana ia engkar perintah Allah dan RasulNya setelah ia mengakui benarnya semasa ia beragama Islam dan ini juga bermakna menghina agama Islam yang menjadi pegangan hidup dan dihormati oleh umat Islam seluruhnya.
3.      la menjadi contoh buruk bagi orang lain yang akan terpengaruh kepada fahaman diayahnya dan dengan itu akan runtuhlah ajaran-ajaran Islam, kebudayaannya dan nilai-nilai akhlaknya yang suci murni, yang telah dibina dan dikembangkan silih berganti oleh pengembang-pengembang Islam semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W. hingga hari ini dan diharap akan berlanjutan seterusnya.

 
Jika demikian keadaan jenayah orang yang murtad itu, maka hukuman Islam yang telah ditetapkan untuk menghukumnya di dunia dan balasan azab seksa yang dijanjikan baginya di akhirat kelak amatlah adil dan padan dengan jenayahnya yang besar itu.

 
Dengan ini jelaslah bahawa Riddah itu tidak boleh dipandang sebagai isu perseorangan saja tetapi soal umat Islam seluruhnya yang wajib dicegah dan dihapuskan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjalankannya.

  
Kedua, tidak sah perkahwinan orang yang murtad, sama ada ia sendiri berkahwin atau dikahwini atau pun mengahwinkan orang lain, bahkan isterinya wajib dipisahkan daripadanya. Sekiranya ia kembali menjadi Islam semula sebelum habis iddah maka kekallah isterinya itu menjadi isteri kepadanya, kalau tidak maka isterinya itu tercerai daripadanya mulai dari saat ia menjadi murtad.

 
Ketiga, haram sembelihannya.
Keempat, tidak boleh menerima pesaka dan tidak boleh pula dipusaki bahkan semua hartanya dimasukkan ke dalam Baitui Mal.

 

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

 
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kapada
tiga bahagian:

 
Bahagian yang pertama: Iktiqad yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam iaitu:

 
1.      Iktiqad bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini kekal selama lamanya.
2.      Iktiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri atau berbilang bilang atau menerima mati .
3.      Iktiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W., atau iktiqad bahawa Nabi Muhammad S.A.W. yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau iktiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. hanya untuk orang-orang Arab saja, atau iktiqad bahawa hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah hukum-hakam yang lapuk, yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau iktiqad mengingkari mana-mana Rasul Tuhan atau iktiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad Khatamu Nabiyyin.
4.      Iktiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari qiamah dan segala perkara yang berlaku padanya.
5.      Iktiqad bahawa roh orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.
6.      Iktiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam .
7.      Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas.
8.      Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang .

 
Bahagia Yang Kedua: Perkataan iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci , menghina, merendah rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-Nya, Malaikat-Nya, Rasul-Nya, Kitab-Nya, hukumNya serta hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya.

 
Dan juga perkataan yang menolak, menafi, mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

 
Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam.
1.       Hukum apa ini ?,
2.       Hukum ini sudah lapuk.
3.       Zaman sekarang tak patut dihararnkan riba, kerana menghalangi kemajuan,
4.       Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak periu di bungkus-bungkus
5.       Berzina suka sama suka apalah haramnya?.
6.       Minum arak kalau dengan tujuan menyihatkan badan untuk beribadah apa salahnya,
7.       Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
8.       Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.
9.       Berkata ;" Perbuatan yang demikian tidak beradab ". Apabila diberitahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. selepas makan menjilat sisa makanan dijarinya.
10.   Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat", Apabila diberitahu memotong kuku itu sunat,
11.   Berkata: "Si Anu dah mula menyalak ", Semasa ia mendengar Azan .
12.   Membaca ayat-ayat suci al-Quran hadis-hadis Nabi S.A.W, dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
13.   Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sebab-sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana diterangkan oleh hadis lbnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim .
14.   Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan . Misalnya
·            seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata : "Kalau aku lakukan perkara itu jadilah aku kafir." Sekiranya ia berdusta, yakni ia sebenarnya telah melakukan perkara yang dituduh kepadanya itu) maka jadilah ia kafir, kecuali kata-katanya itu dituturkan dengan tujuan hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan itu sahaja, bukan dengan tujuan redha menjadi kafir. Sungguhpun demikian ia telah melakukan dosa besar dengan kata kata yang tersebut,dan sekiranya ia benar, yakni ia tidak melakukan perkara yang dituduh orang kepadanya maka tidaklah ia menjadi kafir tetapi ia berdosa kerana perkataannya itu memberi erti ketiadaan tetap keazamannya berpegang teguh kapada agama Islam.
·            Seseorang di ingatkan supaya jangan ia berzina umpamanya, lalu ia berkata:"Kalau aku berzina kafirlah aku." Sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan tidak redha mencemarkan dirinya dengan perbuatan zina seperti tidak redha menjerumuskan dirinya menjadi kafir, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa dengan menggunakan perkataannya itu dengan alasan yang tersebut, dan sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia lakukan perbuatan zina maka jadilah ia kafir dengan kata-katanya yang tersebut, kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur menjadilah ia kafir (murtad), Wal a'yazabillah. Hukum yang tersebut terkandung dalam hadis Thabit bin Dzahhak, yang diriwayatkan oleh muslim dan lbnu Majah.

 

Bahagian Yang Ketiga: Perbuatan iaitu :

 

1.        Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhiuk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhiuk walaupun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada mana-mana makhiuk sehingga sampai kapada had sekurang-kurang ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah, kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orangyang melakukan itu murtad, tetapi hukumnya tetap haram.
2.        Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
3.        Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza Wa Jalla.
4.        Meletakkan ayat suci al-Quran, hadis Nabi, nama-nama Tuhan, Rasul-RasulNya, malaikat-Nya dan ilmu-ilmu agama Islam di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendah-rendahkannya. Kalau tidak dengan tujuan yang tersebut maka hukumnya tetap haram . Demikian juga haramnya menggunakan kertas yang tertulis padanya ayat suci, Hadis Nabi dan nama Allah serta ilmu Islam untuk membungkus, mengesat serta menyapu sesuatu, tetapi kalau perbuatan yang dilakukan itu dengan tujuan menghina atau mempersenda-sendakannyan maka orang yang melakukannya itu murtad.
5.        Meninggalkan sembahyang. Orang yang meninggalkan solat fardhu jika ia engkarkan wajibnya, jadilah ia kafir, murtad keluar dan agama Islam kerana ia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang rarnai bahawa ia adalah satu perkara yang wajib di atas tiap orang Islam, selama akalnya sihat.
Kalau ditinggalkannya dengan sebab malas saja, pada hal ia iktiqadkan wajibnya, maka mengenai orang ini alim ulamak berselisih kepada tiga pendapat :

 
·         Pertama, orang itu tidak kafir tetapi ia menjadi fasik dan dijatuhkan hukuman hudud.
·         Kedua, orang itu jadi kafir juga, sama dengan orang yang mengingkari wajibnya.
·         Ketiga, orang itu tidak menjadi kafir dan dijatuhkan hukuman Takzir.
Dengan keterangan tersebut hendaklah diingat bahawa seseorang yang cintakan keselamatan dan kebahagiaan dirinya dan agamanya, janganlah sekali-kali mendekati, apa lagi melakukan sebarang perkara yang hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan tauflk dan hidayahnya.
(Mustika Hadis Jilid 2 Muka surat 254-267)
 
This article comes from Masjid Al-Muhsinin Kg. Raja
http://mkgraja.com

The URL for this story is:
http://mkgraja.com/modules/content/index.php?id=5