BERITA MASJID & ANAK KARIAH

Program Jom Buat Kebajikan di Kemboja

Program ini mendapat sambutan menggalakan. Penganjur dapat mengutip sebanyak 33 ekor lembu korban/akikah melebihi sasaran (30 ekor). Sebanyak 29 ekor diadakan di Kemboja dan 4 ekor di Vietnam.

Terima kasih, jazakallahu khairan kasira kepada peserta korban/akikah.

Seramai 5 orang wakil penganjur pergi ke Vietnam dan Kemboja melalui jalan udara yang diketuai oleh Sdr Roosli Md Salleh. Turut serta Setiausaha Persatuan Ulama Kedah, Ust Ahmad Kamaluddin (Ust Kamal), AJK PUK, Ust Amir, anak kariah Kg Raja, Edi dan Pak Syarif dari Parit Panjang.

MAJLIS KORBAN DI KARIAH KG RAJA

Di Masjid Al-Muhsinin sebanyak 3 ekor lembu disembelih di Pusat Penyembelihan Hj Abu Bakar di Bt 2, Jalan Kuala Ketil pada hari raya kedua (7 Nov 2011). Anjuran Surau Taman Kenari 4 ekor lembu dan 1 ekor kambing (6 Nov 2011), di Taman Mutiara anjuran Rukun Tetangga sebanyak 2 ekor (7 Nov 2011).

Daging korban disedekah kepada fakir miskin dalam kariah yang tersenarai sebagai penerima zakat sebanyak 2 Kg seorang. Bakinya hadiah kepada yang hadir dalam majlis, anak kariah yang istiqamah dengan solat berjamaah/mengikuti kuliah-kuliah di masjid atau surau dan dimasak untuk jamuan.


2012 Promosi Laman Web dan Sistem Anak Kariah kepada Masjid-masjid Daerah Kuala Muda

Terkini, lujnah Teknologi Maklumat (IT) masjid ini dengan kerjasama lujnah Ekonomi memperkenalkan kepada masjid-masjid Daerah Kuala Muda, Kedah untuk sama-sama meningkatkan sistem maklumat dan pengurusan masjid yang boleh menarik golongan belia dan profesional.

Pihak masjid menjual dengan harga yang paling murah dan diberi diskaun khas pada permulaan ini ( 75 % semasa tempoh promosi iaitu dari Januari 2012 hingga Julai 2012) menjadikan harganya hanya RM875.00 shj sedangkan ia mengandungi laman sesawang serta sistem anak kariah (pendaftaran anak kariah secara atas talian).

Setakat ini lima buah masjid telah menyatakan persetujuan untuk membelinya dalam dua pertemuan berasingan (31 Jan 2012 & 6 Feb 2012) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Masjid dengan penerangan menggunakan Projektor LCD. Masjid Taman Keladi mendahului masjid-masjid yang lain.

Jualan Beras Untuk Tabung Masjid

Pihak Lujnah Ekonomi Masjid al-Muhsinin telah mengambil langkah yang konkrit untuk mendapatkan wang bagi mengisi tabung masjid seperti Tabung Pendidikan untuk bantuan pelajaran dan Tabung Kebajikan untuk menghulurkan bantuan ketika kecemasan seperti kematian, banjir, kebakaran atau fakir miskin.

Jualan promosi pada 22hb. Januari 2011 sebanyak 13 kampit dan seterusnya jualan rasmi pada Jumaat 29hb. Januari 2011.

Pihak masjid merayu agar umat Islam khususnya anak kariah membeli beras dari pihak masjid setiap bulan. Pihak masjid menjualnya dengan harga pasaran dan jika 3 kampit (10 kg) akan dihantar ke rumah.

Kepada saudara saudari yang perihatin untuk menyumbang kepada tabung-tabung ini, sila masukkan wang ke akaun BIMB no. 02020010023986. Terima kasih.

AKAD NIKAH DAN KENDURI KAHWIN

AKAD NIKAH
   TARIKH  MASA   WALI   ALAMAT
12.3.2011 LEPAS ASAROTHMAN JAAFARKG RAJA WAT SIAM
25.3.2011 LEPAS ASAR ANAK KAK SOFIAHTAMAN BERLIAN
4.6.2011 LEPAS ASAR C ISHAK AHMAD TAMAN SEJATI
  
 
   
  
 
 
 
 

 

KENDURI

  
 TARIKH
 HARI  TUAN KENDURI

 ALAMAT 

12.3.2011SABTUOTHMAN JAAFARKG RAJA
13,3,2011AHADCIKGU ISMAILTAMAN MUTIARA
 
 
    
    
    
   

 TAHUN 2010

 

   TARIKH  MASA   WALI   ALAMAT 
 12.2.2010 lps AsarCikgu IshakTmn Sejati, Jln Sekerat
13.2.2010 10.00 pagi Yusuf SalimBandar Aman Jaya
5.3.2010 lps Asar Hassan Hashim Kenari jaya
12.3.2010lps Asar Ku Ibrahim Bkt Belah
12.3.2010lps Asar
 
 12.3.2010Lps Isyak  Ismail Ahmad

Tmn Berlian  

 2.5.2010 lps Asar Syed HarunKg Bkt Belah 
 9.5.2010 lps AsarMd AznanKg Bkt Belah
 21.5.2010 lps AsarNajib Tmn Berlian 
 28.5.2010 9.00 pagi

 1. Mustafa

2. Pak Non

3. Ruzini

1.Pengkalan Lebai Man 

2. Kenari Merdu

3. Kenari Indah

 3.6.2010 9.00 mlm Ahmad IsmailTmn Berlian 
 4.6.2010 lps AsarHj Mahmud Kg Bkt Belah 
10.6.2010 lps AsarMakcik Siti Kg Bukit Belah 
13.6.2010  9.00 pgadik Anas Tmn Kenari Jaya 
 6.8.2010 lps Asar
 Ust Alias
 Taman Mutiara

 

 

KENDURI:

 
 TARIKH
 HARI  TUAN KENDURI ALAMAT 
 13.2.2010sabtuCikgu IshakTmn Sejati
 13.3.2010sabtu Hassan HashimKenari Jaya
13.3.2010Sabtu Ku IbrahimBkt Belah
13.3.2010 Sabtu Ismail AhmadTmn Berlian
 17.9.2010 Jumaat Ust Alias
 Tmn Mutiara
   

 

 

 

 

 

 

 

RUANG MUSLIMAT BERHAWA DINGIN

Masjid Al-Muhsinin Naik Taraf Serambi Sebelah Kubur Dengan Pemasangan Siling dan 3 unit Penghawa Dingin Merangkumi Ruang Solat Muslimat Dengan Kos lebih RM19,000. Pembiayaan diperolehi dari sumbangan orang ramai yang dikutip dua minggu terakhir bulan Ramadhan. Perlu RM8,000 lagi.

PROGRAM BELIA BERSAMA ISLAM 2010 BERSAMA UST WADI DAN 6 RAKAN

Tarikh: 16 Jun hingga 18 Jun 2010. Bermula jam 8.00 pagi pendaftaran dan berakhir 18 Jun jam 11.00 (majlis penutup, penyampain sijil dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak Kariah.

Kehadiran: 41 orang termasuk beberapa orang belia luar kariah.

Komen: anak kariah dan peserta: satu program yang sangat baik dan berjaya.


Keputusan Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa sesi 2010/2013

1. Tn Hj Ishak bin Ahmad

2. Ust Mohd Fauzi bin Hj Omar

3.Sdr Mohd Zuki bin Darus. 

Kehadiran mesyuarat kurang memuaskan, hanya 41 orang sahaja yang hadir manakala bilangan cukup ahli mesyuarat (korum) 40 orang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ust Ahmad Ghazali. Mesyuarat bermula jam 3.00 petang dan tamat 3.45 ptg. Tahniah kepada yang dilantik yang kesemuanya adalah dilantik semula.

PENGGAMBARAN UTK SISTEM MAKLUMAT ANAK KARIAH ONLINE (A-QARYAH)

Dibuat pada Jumaat 5 Mac 2010 mulai 11.00 pagi hingga 4.00 ptg. Pada 12 Mac akan disambung lagi.

Kepada anak kariah yang belum mengambil gambar sila hadirkan diri pada tarikh dan waktu yang ditentukan.

 

LAMAN WEB MASJID KE LAMAN WEB AL-QURAN MELALUI "PAUTAN" TELAH DIBUAT PADA AWAL 2010

1. Quran Explorer (utk mendengar bacaan  qari/imam   dan makna ayat)

2. Quranonline (utk mencari ayat/terjemahan yang mengandungi perkataan yang ditaip) 

3. Quran flash (membaca al-Quran yang boleh diselak sehelai demi sehelai dgn menggunakan tetikus)

4. Al-Quran Online Jakim (utk melihat teks al-Quran, terjemahan, mastika hadis (rumi) Muqaddimah, Jilid 1,3 serta tulisan-tulisan melalui e-book.

WAJAH BARU PREMIS KEDAI ALMUHSINI (KEDAI MAKAN)

Sudah beroperasi mulai 13 Jan 2010 dengan kadar sewa RM280.00 sebulan sebagai sumbangan kepada masjid.

Premis ini dipasang tile lantai, tiang dan sebahagian dinding. Sinki juga diganti dengan yang baru manakala atap tambahan di hadapan kedai dipasang. Terima kasih kpd semua yg membantu terutama Reemy yang tolong mengecat.

WAJAH BARU TASKA ALMUHSININ

Pihak masjid mengambil inisiatif menaik taraf TASKA ALMUHSININ yang dianjurkan oleh  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah untuk menukar wajahnya bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang belajar di sini. Pihak masjid telah memasang 'tile' lantai, memasang penghawa dingin dan  mengecat dinding. Guru Taska yang baru, Pn Yom juga menukar bahan-bahan rangsangan di dinding dengan sesuatu yang menarik dan merubah terus wajah taska ini. Pihak masjid sedang merancang untuk merekabentuk satu kabinet lengkap bagi menempatkan bahan-bahan dan alatan mengajar. Sebenarnya taska ini dibina 6 tahun lalu dengan dilengkapkan mata suis  penghawa dingin, pintu dan tingkap dari kaca serta siling berplaster. Semoga bermanfaat.

Kepada ibu bapa, sila prihatin tentang perubahan ini. Hantarlah anak-anak yang berur 5 hingga 6 tahun ke taska ini dengan bayaran yang minima.


PROGRAM BELIA BERSAMA ISLAM

Telah berjalan lancar. Mulai 13 Dis 8.00 pagi hingga 14 Dis 2009 lepas solat Zohor dan makan tengahari. Dikendalikan oleh Ust Mohd Wadi Anuar (lulusan Syria) dan rakan-rakan dari Kolej Islam Selangor dan Insaniah. Seramai 50 orang belia menyertainya. Mereka diberikan 'hand out' dan akhir majlis disampaikan sijil dan cenderamata pemegang kunci berlatar gambar kubah dan menara masjid al-Muhsinin. Pihak masjid ucapkan terima kasih banyak-banyak (jazahumullahu ) kepada Ust Mohd Wadi dan rakan-rakan, ajk terutama pendaftaran, persiapan tempat dan jamuan (sehari 6 kali makan/minum). Nasi daging ayam cukup lazat, boleh buat lagi. Diharap semua peserta akan istiqamah dengan Islam dan sentiasa mengunjungi masjid.

PROJEK BARU MASJID AL-MUHSININ

1.  MENGECAT SELURUH MASJID, LUAR DAN DALAM,

     MENGGANTIIKAN SILING DENGAN NILAI RM15,800 :    

     SUMBANGAN S.P. FAST PRINT, SG PETANI. TERIMA   

     KASIH. PROJEK DIJALANKAN OLEH EN MYDIN ABDUL GHANI.

     SIAP SEPENUHNYA PADA 22.11.2009.  

2.  PEMASANGAN 'TILE HEAVY DUTY' DI HALAMAN MASJID :

     SUMBANGAN KELUARGA HJ BAKAR KG RAJA, DATO' OTHMAN

     DAN KELUARGA SERTA ORANG RAMAI SEBANYAK 3,551 KPG. 

 

KEMBALI KE RAHMATULLAH

  1. PAK MAN BONGKOK, ALAMAT KG RAJA , TOKOH JAMAAH, TERUS SOLAT TERAWIH 20 RAKAAT WALAUPUN BONGKOK DAN TUA (80 AN).
  2. PAK ID (HJ SAID ABDUL KADIR) KG RAJA, BEKAS PENGGALI KUBUR PALING LAMA
  3. PAK ISMAIL KEBUN BENG KEE
  4. HJ SHAARI, KG RAJA DEPAN MASJID
  5. IBU MD AZNAN KG BUKIT BELAH
  6. CIKGU NORDIN TAMAN BERLIAN PADA 1 OGOS 2009 (SABTU) 
  7. HJ MAHMOOD BELAKANG HOSPITAL PADA 12.30 PG 21 OGOS 09 (JUMAAT)
  8. PAK DIN PANJANG DEKAT KUBUR LAMA, SMK DATO' BIJAYA SETIA
  9. CIKGU MORAD WALAD, JIRAN MASJID PADA SELASA 7.00 PTG DI RUMAHNYA. SOLAT JENAZAH PADA 11.30 PG 20 JAN 2010 DIIMAMKAN DAN TALKIN OLEH IMAM U ALIAS CHE NUS. JAMAAH LEBIH 100 ORANG WALAU TANPA ENVELOP TETAPI IKHLAS.
  10. ISTERI PAK MAN BONGKOK, SU, 9.4.2011, 3.20 DI HSAH. DISOLATKAN ANAK KARIAH 8.4.2011 (JUM) 10.00 PG, LEBIH 40 ORANG. IMAM DAN TALQIN OLEH IMAM UST ALIAS 

 

SAKIT

1. 7 HB. OKTOBER 2009 (RABU).PAKLANG GHANI GURU QURAN MASJID ALMUHSININ, KEMALANGAN, PATAH KAKI,

2. 25hb. Januari 2010 isteri Hj Karim Ahmad Taman Mutiara, Hjh Mek bt Husin telahdimasukkan ke Wad ICU Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani kerana sakit lelah dan koma. Anak kariah mengadakan bacaan Yaasin pada malam tersebut. Sehingga hari Ahad isterinya telah kembali sedar tetapi masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Kita berdoa semoga beliau sembuh sepenuhnya.

3. Imam, Ust Alias dimasukkan ke Wad Rawatan Jantung Hospital Sultan Abdul Halim pada 5hb. Feb 2010 (Jumaat) lebih kurang 12.30 tgh kerana sakit dada. Anak Kariah telah membaca Yaasin dan berdoa untuk kesihatannya pada hari Sabtu slps Solat Isyak. Setelah stabil beliau belia dipindahkan ke Kenanga 7 pada 6hb. Feb. Pada 9hb. Feb (Selasa) beliau dibenarkan pulang dan diberi cuti/rehat sehingga 24 Feb 2010.

KURSUS

DUA ORANG SIAK, EN ISMAIL SAAD DAN HASSAN SERTA EN MYDIN ABDUL GHANI TELAH MENYERTAI KURSUS 'LANSKAP' DI ISPIN, ALOR SETAR PADA 28 MEI 2009 YANG LALU.

SDR YUSOFF HAMBALI DAN MOHD NOOR ABDUL HAMID AKAN MENGIKUTI KURSUS INDUKSI WAJIB SEBAGAI BILAL/PEMBANTU IMAN PADA 2 HINGGA 4 JUN 2009 DI SP INN, SG PETANI, KEDAH.

TAKLIMAT AMIL ZAKAT DAN MAJLIS PEMBAHAGIAN ZAKAT KEPADA MASJID DI MASJID SULTAN ABDUL HALIM PADA 17.7.2009 DIHADIRI OLEH BENDAHARI EN MOHD ZUKI  DARUS. MASJID INI MENERIMA ZAKAT SEBANYAK RM2,000.00 DARI JAB ZAKAT NEGERI KEDAH. TERIMA KASIH.

DIMAKLUMKAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH KEPADA PENERIMA TAHUN DINAIKKAN KEPADA RM500.00 SEORANG. TAHNIAH. CEK BOLEH DITUNAIKAN SEBAIK SAHAJA MASUK BULAN RAMADHAN DI AGRO BANK. FAKIR MISKIN YANG MENGISI BORANG DAN TERSENARAI SAHAJA AKAN MENERIMA ZAKAT INI

KURSUS

KURSUS AZAN DI SURAU BANDAR LAGUNA 22 NOV 2009 9.00 PAGI. BILAL MOHD NOR AKAN MENYERTAI.

PEMBANGUNAN/KEMAJUAN/KEMUDAHAN MASJID

PEMBELIAN LCD 

MAC  2011 pihak masjid membeli satu set komputer canggih yang  menggunakan wireless untuk tetikus dan keuncinya dengan harga RM2,000 sahaja menggantikan komputer lama yang telah rosak. Dipasang oleh ketua lujnah IT En Ahmad Fahmi.

PEMBELIAN LCD 

FEB 2011 pihak masjid membeli sebuah LCD dengan kos RM4,000 shj dan dihadiahkan satu skrin oleh OCS.

PEMBELIAN PENYEDUT HAMPAGAS (VACUUM) HEAVY DUTY

Pihak masjid juga telah membeli satu penyedut hampagas/habuk yang berkuasa besar untuk digunakan bagi menyedut kawasan berkarpet masjid yang lebih dari 4,000 kaki yang tidak mampu dilakukan dengan menggunakan hanya satu penyedut yang berkuasa kecil. Harga yang diperolehi ialah RM2,068.00, dibeli dari syarikat Blondal, buatan Swiss.

PEMBINAAN SETOR PERALATAN KEBERSIHAN

Pembinaan yang telah dijalankan oleh Sdr Roosli Md Salleh telah selesai pada hujuang Januari 2011. Barang-barang kebersihan kini dilempatkan di situ. 

 PEMBINAAN MENARA

PEMBINAAN MENARA MASJID YANG MENELAN BELANJA SEBANYAK 38,450.00  DALAM PERINGKAT  AKHIR. DIJANGKA DAPAT DIPASANG  2 MINGGU LAGI .

TARIKH: 30.5.2009

MENARA TELAH SIAP DIPASANG PADA 20 JUN 2009 (SABTU) 3.00 PETANG. 6 JULAI 2009 PEMBESAR SUARA TELAH DIPASANG DI EMPAT PENJURU MENARA. LAMPU SPORT LIGHT SEDANG DALAM PROSES UNTUK DIPASANG.

CAT PAGAR MASJID

TERIMA KASIH KEPADA EN GHANI DAN EN REEMY YANG TELAH MENGECAT PINTU PAGAR DAN PAGAR MASJID PADA HARI SABTU 18 JULAI 2009. 

CAT KESELURUHAN MASJID

SEORANG HAMBA ALLAH BERBESAR HATI MENYUMBANNG UNTUK MENGECAT KESELURUHAN MASJID DI DALAM BULAN RAMADHAN INI. TERIMA KASIH. JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRA.

PEMASANGAN SILING

PEMASANGAN SILING GANTUNG JENIS 'PIN HOLE' OLEH MYDIN ABDUL GHANI  PADA 22 NOV 2009 SUMBANGAN SP FAST PRINT KOS RM3,800.00.

PEMASANGAN TILE DI HALAMAN MASJID

TELAH DIPASANG PADA MULA 9 NOV 2009, DIJJANGKA SIAP 26 NOV 2009. SUMBANGAN HJ BAKAR ALIAS SEKELUARGA.

 

This article comes from Masjid Al-Muhsinin Kg. Raja
http://mkgraja.com

The URL for this story is:
http://mkgraja.com/modules/content/index.php?id=33