Masjid Al-Muhsinin Kg. Raja
         
    Welcome!    Register now    Login
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

SISTEM A-QARYAH

SISTEM E-GURU

MENU UTAMA
ALBUM MASJID
RENCANA | Renungan

Renungan

RENUNGAN 11 : SIFAT/AMALAN YANG MENGHAPUSKAN PAHALA AMALAN

Sebagai  seorang muslim yang sentiasa beribadat kepada Allah, kita wajib mengetahui apakah perkara yang boleh menghapuskan pahala ibadah agar pahala atau ganjaran amalan kita tidak dihapuskan disebabkan melakukan perkara tersebut.

1. Riyak, sum'ah, 'ujub kerana ia menafikan keikhlasan yang menjadi syarat penerimaan amalan.

     Amalan yang dilakukan 100% kerana Allah (ikhlas) sahaja yang dinilai baik dan diberikan pahala.

2. dengki, khianat, irihati. Ia memakan pahala amalan seperti api memakan kayu api. Sabda nabi

     s.a.w.: "jauhilah dari hasad, kerana hasad memakan (pahala) kebaikan seperti mana api

     memakan kayu api"

3. ungkitan dan menyakitkan hati orang yang diberi sedekah. Firman Allah: " janganlah kamu

     membatalkan (pahala) sedekah kamu dengan ungkitan (mengungkit-ungkit) dan menyakitkan

     hati..."

RENUNGAN 10 : JANGAN REMEHKAN KEBAJIKAN

Sabda Nabi s.a.w.: "Jangan kamu memandang enteng kepada sesuatu kebaikan walaupun ianya hanya  kamu bertemu dengan saudara kamu dengan muka yang manis"

Melahirkan air muka yang jernih, ceria, gembira, tersenyum adalah salah satu kebaikan yang tidak payah dan tidak memerlukan modal namun ganjarannya sangat besar dan impaknya sangat ketara dalam hidup bermasyarakat terutamanya untuk mengukuhkan satu perintah Allah iaitu menghubungkan silaturahim.

Buatlah kebaikan walaupun kecil dengan ikhlas dan haraplah balasannya dari Allah. Jangan remehkan. Ingatlah, pahala yang sekecil itu sekalipun jika diminta kepada yang disayangi sekalipun di akhirat mereka tidak akan berikan.

 

RENUNGAN 9 : Jangan biarkan amalan kita tanpa nilai dinilai baik oleh Syarak.

Ramai orang yang melakukan amal soleh tetapi tidak mendapat ganjaran  kerana:-

  • kejahilan. Amal dilakukan semata-mata mengikut orang
  • amal yang dilakukan sebagai satu kebiasaan, tabiat atau adat seperti  menggosok gigi, memotong kuku, kenduri dan sebagainya. Amalan itu boleh menjadi ibadat atau kebaikan yang diganjari jika ia sertai dengan niat yang betul  atau baik. Jika amalan sunnah diniatkan mengikut sunnah nabi s.a.w.

RENUNGAN 8: Siapakah orang yang tidak rugi
Firman Allah bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman, beramal soleh, pesan memesan dengan kebenaran  dan pesan memesan dengan kesabaran"

RENUNGAN 7: Jangan Membuang Masa

Sabda Nabi s.a.w:

"Jadilah kamu di dunia seperti seorang dagang atau pengembara". 
Jika kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu petang. Jika kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Gunakan masa sihat untuk masa sakit, masa lapang untuk masa sibuk, masa hidup sebelum mati.

  • Jangan menangguhkan amal kebajikan, ibadat atau sebarang kerja yang berfaedah.
  • Manfaatkan masa untuk perkara yang berfaedah untuk kesenangan di dunia dan di akhirat.
  • Jadualkan masa dengan secara sistematik. Buat wawasan dan tentukan tujuan hidup dan tujuan setiapkerja.Letakkan target.
  • Orang yang membuang masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah seperti melampau/banyak menonton tv, bermain, melepak, berborak kosong dll sebenarnya dia telah memotong dan memendekkan umurnya.

RENUNGAN 6: Berbakti kepada ibu bapa

Sabda Nabi s.a.w:
"Berbaktilah kepada ibu bapamu, kelak anak-anak akan berbakti pula kepada kamu"

Apakah bakti yang paling baik ketika mereka masih hidup dan apakah pula bakti yang boleh dilakukan apabila mereka telah meninggal dunia?

Apa yang kita mahu anak-anak kita lakukan kepada kita semasa hidup dan setelah mati ... yang paling menggembirakan kita?, itulah mungkin yang kita boleh lakukan sebagai bakti kita kepada orang yang berjasa selepas Allah dan rasul. Renungkan.

Rujuklah kepada al-Quran dan Hadis, kitab panduan yang paling benar dan lengkap.


RENUNGAN 5: Fadhilat

Sabda Rasulullah s..a.w :-

"sesiapa yang menghadiri jenazah kemudian mensolatkannya, ia akan mendapat pahala satu qiradh, sesiapa yang menghadiri sehingga menghantarkannya ke kubur ia akan mendapat pahala dua qiradh. Lalu ada yang bertanya kepada baginda tentang ukuran dua qirahd. Baginda menjawab: dua qiradh kira-kira dua buah gunung yang besar”  (Hadis Muttafaq alaih)

 

RENUNGAN 4: Banyakkan niat yang baik

Sabda nabi s.a.w: "Sesungguhnya amal itu dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan ...." (hadis 1 dari 40 Hadis Imam Nawawi)

Pengajaran

 

  • Niatlah yang menggerak seseorang untuk melakukan sesuatu, sebab itulah niat ada 'nilai' di sisi Allah. Niat yang baik diberi ganjaran seperti melakukannya, apabila seseorang melakukan apa yang diniatkan maka diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, mula keazaman dan cita-cita kita dengan niat, lama kelamaan akan terlaksana di samping mendapat pahala niat. "Sesiapa yang mati sedangkan ia tidak pernah berperang dan tidak pernah niat untuk berperang (menegakkan agama Allah) matinya mati jahiliah".
  • Sesuatu amal hanya ada nilai di sisi Allah dan diberi ganjaran sekiranya niatnya ikhlas atau niat yang baik yang sesuai dengan  tujuan Syarak. Ini bererti amalan yang baik tetapi niatnya tidak baik atau tidak ikhlas tidak dinilai dan tidak diberi ganjaran.
  • Amalan yang dilakukan sebagai menurut adat, tabiat, kebiasaan tidak diberi ganjaran kecuali kalau ada niat ubudiah atau pengabdian diri kepada Allah.

RENUNGAN 3: Ciri orang memakmurkan masjid

Firman Allah:

"Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman dan hari akhirat, yang mendirikan solat, menunaikan dan dia tidak takut selain dari Allah. Maka (dgn adanya sifat-sifat tadi) pastinya mereka akan menjadi orang yang mendapat hidayah. (Surah at-Taubat)

RENUNGAN 2: Bimbingan al-Quran ke Jalan Yang Benar

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus"

RENUNGAN 1: Bawalah Takwa ke Mana-mana

Sabda nabi:  "Bertakwalah (takutlah) kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya ia (kebaikan) akan menghapuskannya (kejahatan) serta berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik"

 

 
Siapa ditalian
3 user(s) are online (1 user(s) are browsing Kandungan)

Members: 0
Guests: 3

more...
RUANGAN IKLAN
Ruangan Iklan untuk tempahan.
Sila hubungi Ustaz Alias di email:
admin@mkgraja.com
Ahli Baru
subhanmydin 2015/8/15
asraf
asraf
2014/2/18
bilal2 2014/2/5
dinmehat
dinmehat
2014/1/15
rafai
rafai
2014/1/15
Themes

(3 themes)