Masjid Al-Muhsinin Kg. Raja
         
    Welcome!    Register now    Login
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

SISTEM A-QARYAH

SISTEM E-GURU

MENU UTAMA
ALBUM MASJID
RENCANA | Tazkirah

Tazkirah

Tazkirah Jumaat 29.5.2009

Kelebihan bersedekah atau infaq fi sabilillah

Firman:

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , setiap tangkai ada 100 biji  ( 7 tangkai x 100 biji = 700 biji)"

10 sen menjadi = RM70.00, RM1.00 menjadi = RM700, RM10.00 menjadi = RM7,000.00 begitulah seterusnya.

  • Jadilah anda orang yang pemurah. 
  • gandakan nilai wang anda dengan cara bersedekah atau berbelanja pada jalan Allah.

Tazkirah Jumaat 15.5.2009

Ganjaran Allah lebih baik daripada segala-galanya

Firman Allah:

"dan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal" (Surah al-A'ala)

"Katakanlah apa yang ada di sisi Allah (ganjaran Allah) lebih baik daripada hiburan dan daripada perniagaan dan Allah sebaik-baik Pemberi rezeki" (Surah al-Munafiqun) 

CARILAH KEREDAAN ALLAH (RESTU) DALAM APA SAHAJA YANG KITA LAKUKAN.

Tazkirah Jumaat 24.4.2009

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang melakukan kebaikan (muhsinin)"

"Bagi orang yang melakukan kebaikan ia akan mendapat kebaikan (ganjaran pahala) serta tambahan (iaitu dpt melihat Allah di dalam Syurga)

  • Orang yang melakukan kebaikan atau amal soleh ia mendapat ganjaran 10 kali ganda. Firman Allah: "Sesiapa yang melakukan kebaikan dia akan mendapat 10 pahala dan sesiapa yang melakukan kejahatan, dia tidak akan dibalas melainkan yang setimpal"
  • Nilai kebaikan tidak sama, biasanya kebaikan kepada orang ramai mendapat pahala lebih besar..
  • Senaraikan amal kebaikan yang boleh saudara lakukan, harian, mingguan, bulanan atau tahunan.

Tazkirah Jumaat 10.4.2009
Kedudukan Orang yang Bersalah tetapi Bertaubat.
Firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang membersihkan diri"

Tazkirah Jumaat 3.4.2009

Peringatan kepada yang lupa kpd al-Quran sebagai panduan hidup
Firman Allah bermaksud:

"Sesiapa yang berpaling dari peringatanKu (al-Quran) maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan bangkitkannya dalam keadaan buta..."

Tazkirah Jumaat 27.3.2009

Orang Beriman Makhluk Terbaik, Orang yang Kufur Makhluk Paling Jahat

"Sesungguhnya orang yang kafir yang terdiri dari ahli kitab dan musyrikin, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam. mereka kekal di dalamnya. Mereka adalah sejahat-jahat makhluk.

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah beberapa syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah meredai mereka dan mereka meredai Allah. Itulah  (Surah al-Bayyinah)


Tazkirah Jumaat 20.3.2009
5 Kebaikan yang diperolehi oleh orang yang bertakwa menurut al-Quran Surah At-Talaq

"sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), dan memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka." (ayat 2)

"sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya" (ayat 4)

"sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya." (ayat 5)

Takwa: bermaksud perasaan takut dan gerun kepada Allah yang mendorong seseorang untuk menunaikan perintah Allah dengan ikhlas dan menjauhi apa yang dilarang dan dibenci. Dia melaksanakan perintah Allah kerana takut kepada Allah, begitu juga menjauhi atau tidak melakukan sesuatu (larangan) kerana takut kepadaNya.

Taqwa adalah bekalan akhirat dan merupakan amalan yang paling berat timbangannya.
Firman Allah bermaksud:
"sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa"

Tazkirah Jumaat 13.3.2009

Tiap-tiap orang muslim dan muslimah dituntut menghiduokan malam yang mulia ini (malam Jumaat).Begitu juga pada siangnya,dengan :
1. Istighfar iaitu ucapan 'astaghfirullahal azim...'  (aku mohon ampun dari 
     Allah yang Maha Besar)
2. Zikir spt Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Lailahaillallah.
3. Membaca al-Quran terutama surah al-Kahfi
4. Memperbanyakkan salawat ke atas nabi S.A.W.
5. Berdoa pada saat barakah atau sepanjang hari.
    

Tazkirah Jumaat 6.3.2009

Kelebihan Hari Jumaat:

  1. Hari yang paling baik dan paling mulia (Hadis Riwayat Abu Daud dlm Mastika Hadis Jld 2, m.s 323)
  2. Penghulu segala hari (Hadis Riwayat Abu Daud dlm Mastika Hadis Jld 2, m.s 323)
  3. Hari bumi diciptakan (Hadis Riwayat Ibnu Majah dlm Mastika Hadis Jld 2, m.s 324)
  4. Ada saat barakah yang dimakbulkan doa asalkan tidak diminta yang diharamkan. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dlm Mastika Hadis Jld 2, m.s 324, Hadis Bukhari dan Muislim). Mengikut Imam Nawawi berdasarkan hadis Muslim, saat barakah ialah mulai imam naik mimbar hingga selesai solat Jumaat. Mengikut hadis riwayat Ahmad, Nasai, Abu Daud dan al-Hakim saat itu ilah selepas solat Asar hingga akhir waktu Asar hari Jumaat. (Mastika Hadis Jld 2, ms 324-325).
  5. Orang yang mati pada malam Jumaat atau malamnya ia terpelihara dari ujian (soal dan azab)  kubur (Hadis Tarmizi dan Ahmad dlm Mastika Hadis Jld 2, ms 326)
  6. Disyariatkan solat Jumaat pada waktu Zohor
  7. Hari Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
  8. Hari Raya untuk fakir miskin. Disunatkan diperbanyakkan sedekah dan kenduri kepada fakir miskin. Walimah juga sunat diadakan pada hari hari Jumaat dan malamnya.

 Tazkirah 

  • Sentiasalah berada di dalam taman-taman syurga (majlis ilmu/zikir),    nescaya anda sentiasa dirahmati olehNya.
  • "Senyum itu sedekah"
  • "...perkataan yang baik itu sedekah"
 
Siapa ditalian
3 user(s) are online (1 user(s) are browsing Kandungan)

Members: 0
Guests: 3

more...
RUANGAN IKLAN
Ruangan Iklan untuk tempahan.
Sila hubungi Ustaz Alias di email:
admin@mkgraja.com
Ahli Baru
subhanmydin 2015/8/15
asraf
asraf
2014/2/18
bilal2 2014/2/5
dinmehat
dinmehat
2014/1/15
rafai
rafai
2014/1/15
Themes

(3 themes)