Masjid Al-Muhsinin Kg. Raja
         
    Welcome!    Register now    Login
image1
Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

SISTEM A-QARYAH

SISTEM E-GURU

MENU UTAMA
ALBUM MASJID
NIKAH,CERAI,RUJUK | Prosedur Permohonan

Prosedur Permohonan


BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN
 
1.   Borang Am 1 (lelaki sahaja)

2.   Borang Am 2 ( lelaki dan perempuan)

3.   Borang SIMPI (Sistem Perkahwinan Islam) (borang kuning perempuan shj)

4.   Borang UJian HIV (mulai 2009) (mulai 2010 boleh didapati di klinik-klinik kerajaan) dan slip
      keputusan.

5.   Borang Pengakuan pemohon (salinan utk masjid)
 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
 
1.   Salinan Kad pengenalan pemohon

2.   Salinan Kad pengenalan dua saksi

3.   Salinan Kad pengenalan wali (perempuan shj)

4.   Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

5.   Surat Cerai (bagi janda atau duda)

6.   Surat Mati (jika kematian suami atau isteri)

7.   Surat Kebenaran berpoligami dari mahkamah
 
PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH
 
JIKA LELAKI (anak kariah)  

1.         Menurut ketetapan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, permohonan hendaklah dibuat dalam
            tempoh sebulan sebelum tarikh akad nikah untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan masalah. 
            Anda boleh mendapatkan borang-borang dari Imam, Ust Alias Che Nus, (019-5755596)

2.         Isi Borang Am 1 (kebenaran nikah di luar daerah/negeri) dan Borang Am 2 (permohonan nikah).
            Borang Pengakuan Pemohon dari Masjid/ imam.
3.         Dapatkan 2 orang saksi lelaki (Pengerusi dan ajk Surau/wakil kawasan. Isi maklumat yang 
            dikehendaki dengan lengkap. Sila perkenalkan diri kepada saksi dengan lebih terperinci supaya
            mereka mengenali anak buah mereka dengan lebih dekat.

4.         Buat pemeriksaan / ujian HIV dan dapatkan slip keputusan. Senarai klinik spt Klinik Kesihatan
            Bandar Sg Petani, Bakar Arang dan lain-lain. 
 
5.        Pastikan semua butir-butir di dalam borang-borang hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani.

5.         Dapatkan pengesahan imam (pengesahan taraf perkahwinan & anak kariah) : Kemukakan:

a.       Borang Am 1 dan 2, borang /slip ujian HIV setelah membuat pemeriksaan di klinik kerajaan serta
          Borang  Pengakuan Pemohon.

b.       Kad pengenalan dan salinan.

c.       Salinan kad pengenalan 2 orang saksi (saksi pihak lelaki shj)

d.       Sijil Kursus asal dan salinan

e.        Surat mati isteri jika kematian isteri.

f.         Surat cerai jika bercerai.

g.        Surat kebenaran berpoligami dari mahkamah jika mohon berpoligami.
 

6.        Satu sesi tarbiah pengantin lelaki akan diadakan oleh imam bagi memastikan pengantin tiada halangan untuk berkahwin dari segi hukum Syarak, sedikit mengetahui perkara asas agama serta boleh melaksanakan tanggungjawab.

7.         Setelah ditandatangi oleh imam, serahkan sendiri semua borang dan dokumen  ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan isi borang  ikrar di sana .

8.         Pejabat Agama Daerah Kuala muda akan mengeluarkan Surat Kebenaran Berkahwin Luar Daerah/kariah kepada anda dalam tempoh 7 hari.

9.         Serahkan surat kebenaran itu kepada pihak perempuan segera. (Pihak lelaki perli menandatangi borang SIMPI yang diberikan kepada pihak perempuan shj).  Pengantin perempuan akan menghantar borang permohonannya bersama surat   kebenaran berkahwin luar daerah pengantin lelaki kepada Pejabat Agama Daerah tempat tinggal perempuan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dalam kariah pengantin perempuan.

10.       Pada hari akad nikah sila bawa kad pengenalan dan wang pendaftaran nikah RM40.00.

11.       Pendaftaran nikah RM80.00 (RM40.00 lelaki dan RM40.00 perempuan) (dlm negeri Kedah)
 
 
PENGANTIN PEREMPUAN ANAK KARIAH.(akad nikah di Masjid Al Muhsinin)

1.         Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh akad nikah untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan besar, khususnya yang memerlukan wali sultan (akad nikah oleh Pegawai Agama Daerah/Kadi). Rayuan untuk menyegerakan pengesahan imam tidak akan dilayan.

2.         Dapatkan borang Am 2, Borang Sistem Perkahwinan Islam (SIMPI), Borang Ujian HIV dan Borang Pengakuan Pemohon dari Masjid/imam dan dapatkan penjelasan cara mengisi borang  dari imam sendiri. Borang yang diambil dari tempat lain tidak diterima.  

3.         Isi Borang Am 2 (maklumat pengantin lelaki, perempuan dan wali pengantin perempuan), borang SIMPI dan Borang Pengakuan Pemohon. Borang SIMPI memerlukan tandatangan pengantin lelaki.

4.         Dapatkan 2 orang saksi. Saksi pertama ialah Pengerusi surau atau wakil kawasan (jika tiada surau) dan saksi kedua terdiri dari ajk Surau/wakil kawasan.

5.         Pastikan borang diisi lengkap dan ditandatangani.

6.         Dapatkan pengesahan imam (pengesahan taraf perkahwinan & anak kariah):

7.         Datang sendiri bersama wali. Dilarang datang bersama tunang.

Kemukakan:

a)       Borang Am 2.

b)       Borang Pengakuan Pemohon yang telah ditandatangi oleh 2 saksi.

c)       Borang SIMPI (Sistem Maklumat Perkahwinan Islam berwarna kuning)

d)       Borang/Slip Keputusan Ujian HIV setelah membuat pemeriksaan di mana-mana klinik kerajaan.

e)       Kad pengenalan dan salinan.

f)       Salinan kad pengenalan pengantin lelaki (jika ada)

g)       salinan kad pengenalan 2 orang saksi (saksi pihak perempuan shj).

h)       salinan kad pengenalan wali.

i)        Sijil Kursus asal dan salinan.

j)        Surat mati suami jika kematian suami.

k)       Surat cerai jika bercerai.

l)        Surat kebenaran berkahwin luar daerah dari pengantin lelaki yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah pihak lelaki.

8.         Tentukan tarikh akad nikah dengan Imam semasa pengesahan borang.  

9.         Pastikan tarikh akad nikah sebelum kenduri. Utamakan urusan akad nikah. Selesaikan proses akad nikah sebelum kenduri. Jangan keluarkan kad jemputan kenduri sebelum proses permohonan nikah selesai.

10.       Satu sesi tarbiah pengantin perempuan akan diadakan oleh imam bagi memastikan pengantin perempuan tiada halangan untuk berkahwin dan wali juga layak menjadi wali mengikut hukum Syarak.

11.       Setelah ditandatangi oleh imam, serahkan sendiri semua borang dan dokumen  ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan isi borang ikrar dan membaca ikrar di sana .

12.       Kemukakan ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda semua borang dan dokumen. Kelulusan (Surat Kebenaran Berkahwin) akan dikeluarkan kepada imam melalui pengantin perempuan dalam tempoh 7 hari.

13.       Serahkan Surat Kebenaran berkahwin yang dikeluarkan oleh Pejabat agama daerah melalui pengantin perempuan kepada imam selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh akad nikah. Jangan terlupa mengambilnya sebelum tarikh akad nikah.

14.       Semua urusan sepatutnya diuruskan oleh wali bersama pengantin perempuan.

15.       Jika pengantin lelaki dalam Daerah Kuala Muda, serahan borang ke Pejabat Agama boleh dibuat serentak dengan pihak lelaki dengan kehadiran wali atau mahram, bukan berdua-duan.

16.       Pendaftaran nikah RM80.00 (RM40.00 lelaki dan RM40.00 perempuan).
 
Siapa ditalian
2 user(s) are online (1 user(s) are browsing Kandungan)

Members: 0
Guests: 2

more...
RUANGAN IKLAN
Ruangan Iklan untuk tempahan.
Sila hubungi Ustaz Alias di email:
admin@mkgraja.com
Ahli Baru
subhanmydin 2015/8/15
asraf
asraf
2014/2/18
bilal2 2014/2/5
dinmehat
dinmehat
2014/1/15
rafai
rafai
2014/1/15
Themes

(3 themes)