mkgraja.com - Kandungan

Login

Nama Pengguna:

Katalaluan:

Remember me



Lost Password?

Register now!

SISTEM A-QARYAH

SISTEM E-GURU

Menu Utama

ALBUM MASJID

PERUTUSAN IMAM

Perutusan 2

Alhamdulillah, mulai bulan Februari 2010, Jawatankuasa IT/ICT masjid ini telah berjaya melangkah satu langkah ke hadapan dalam bidang ini iaitu dengan pelancaran 'A-Qaryah' iaitu sistem maklumat anak kariah secara atas talian.

Melalui modul ini,  anak kariah boleh mendaftar sebagai anak kariah dengan menggunakan kemudahan ini dengan memenuhi borang dengan lengkap dan betul.

Mana-mana orang yang menetap di dalam kariah atau menyewa rumah melebihi 6 bulan, wajiblah ia mendaftar sebagai anak kariah. Dengan adanya pendaftaran ini, pengesahan anak kariah jika dikehendaki oleh pihak-pihak tertentu seperti mahkamah, pejabat agama, pejabat zakat dan sebagainya akan dibuat dengan mudah dan tidak menghadapi masalah.

Anak kariah mempunyai tanggungjawab seperti berikut:-

1.  Permohonan nikah dan pendaftaran nikah (akad nikah) melalui  imam kariah, termasuk
mendapatkan borang  permohonan.

2.  Solat Jumaat di masjid kariah kecuali bekerja di luar atas makluman kepada pihak masjid.

3.  Boleh memohon pengkebumian jenazah di tanah perkuburan kariah Kg Raja.

4.  Membayar zakat kepada anak kariah sama ada melalui amil zakat atau mewakilkan kepada pihak masjid untuk menyampaikan kepada yang berhak.

5. Pembangunan dan pemakmuran masjid adalah tanggungjawab anak kariah.

6.  A-Qaryah merupakan satu sumbangan kemudahan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat termasuk gambar ahli keluarga.

Perutusan 1 : Pelancaran Laman Sesawang

Alhamdulillah,saya amat bersyukur kepada Allah kerana hasrat masjid ini sekian lama dapat direalisasikan pada awal tahun ini dengan wujudnya laman web masjid .

Kewujudan laman ini amat penting selain dari menyahut cabaran dunia global dalam penggunaan ICT, laman ini akan berfungsi insya Allah sebagai penyebar maklumat masjid dan sebagai media dakwah dan ilmu Islam. Pendekatan penyelesaian masalah umat mengikut landasan Islam juga akan dimuat dalam laman ini.

Saya amat berharap masyarakat Islam amnya dan anak kariah Kg Raja Sungai Petani khususnya akan memanfaatkan laman ini dengan semaksima mungkin.

Pihak masjid ini mengalu-alukan cadangan dan komen yang membina dari semua pihak yang perihatin untuk menyempurna dan memajukan laman ini dari semasa ke semasa.

Pihak masjid juga mengalu-alukan sebarang bahan atau berita yang sah dari semua kalangan umat untuk dimuatkan dalam laman ini. Perkongsian maklumat dari mana-mana laman umat Islam sangatlah diharapkan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan 'jazakallah' dan terima kasih serta setinggi penghargaan kepada En Fahmi  Yusof yang menyumbang laman ini serta memberi panduan juga khidmat nasihat kepada jawatankuasa masjid ini.

Semoga bermafaat serta menyumbang kepada perkembangan Islam. Diharap projek ini akan terus bergerak maju ke hadapan.

Sekian, wassalam.

Ikhlas dari,

Ust Alias Che Nus

Imam/Pengerusi Masjid al-Muhsinin Kg Raja, Sungai Petani

merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk                                                                             

 

 

    


Siapa ditalian

6 pengguna ditalian (5 pengguna mengunjungi Kandungan)

Ahli: 0
Pelawat: 6

lagi...

RUANGAN IKLAN

Ruangan Iklan untuk tempahan.
Sila hubungi Ustaz Alias di email:
admin@mkgraja.com

Ahli Baru

zdahlan 2010/3/20
azizkarim 2010/3/14
Zamri 2010/3/12
mazlan 2010/2/28

ISMAIL
2010/2/26

Themes


(3 themes)